FQ Business Network ialah syarikat bumiputera yang telah berkecimpung dalam industri pembinaan selama 5 tahun. Meskipun masih baharu, kami telah membuktikan keupayaan untuk bersaing secara kompetitif melalui komitmen terhadap kualiti, kecekapan, dan inovasi dalam setiap projek yang dilaksanakan.
Kami percaya bahawa kejayaan dalam industri pembinaan bergantung kepada ilmu, inovasi dan pengalaman. Justeru,FQ Business Network komited untuk terus belajar, berkembang, dan menambah baik mutu kerja bagi memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan mencapai tahap tertinggi demi kepuasan pelanggan
Membina masa depan pembinaan bersama berasaskan kualiti dan dedikasi bagi melahirkan industri yang progresif serta kehidupan yang lebih baik.
Kualiti : Menghasilkan pembinaan yang menepati piawaian tertinggi.
Industri : Menyumbang kepada perkembangan industri melalui teknologi dan kepakaran.
Tenaga Kerja : Membina tenaga kerja mahir dan berdaya saing.
Hubungan : Menjalin kerjasama jangka panjang berasaskan kepercayaan dan profesionalisme.
Kami memastikan setiap projek disiapkan mengikut standard tertinggi, mematuhi spesifikasi pelanggan, dan diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa mengabaikan kualiti.
Kami menawarkan penyelesaian yang berkualiti pada harga yang berpatutan, memastikan pelanggan mendapat hasil terbaik dengan pengurusan bajet yang cekap
Kami mempunyai tenaga kerja mahir yang berpengalaman luas dalam industri pembinaan, memastikan setiap projek dilaksanakan dengan kepakaran dan ketelitian.
Kami bukan sahaja membina infrastruktur, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan komuniti, peningkatan taraf hidup, dan pertumbuhan ekonomi tempatan.


Setiap projek disesuaikan dengan keperluan sebenar pelanggan supaya hasilnya tepat dan memuaskan. Kami merealisasikan perkara ini dengan merancang mengikut bajet dan keutamaan pelanggan, memantau projek secara rapi dari awal hingga akhir, serta memastikan hasil kerja kemas dan teliti.
Kami menyediakan pelbagai servis pembinaan dan selenggara termasuk pembaikan jalan, turap jalan, pembaikan longkang, pemasangan awning & pagar rumah, cat bumbung kediaman, kerja membaiki & memasang tangki air, serta pembinaan fasiliti sukan seperti court futsal, bola jaring, dan premis sukan lain. Kami juga menawarkan servis renovasi rumah mengikut keperluan pelanggan.
Ya. Kami menerima projek kecil seperti renovasi dapur, bilik, pemasangan pagar rumah, dan cat bumbung, selain projek skala besar seperti pembinaan jalan atau court sukan.
Anda boleh hubungi kami melalui laman web, telefon, atau WhatsApp untuk perbincangan awal. Pasukan kami akan menilai keperluan anda dan menyediakan sebutharga yang telus dan terperinci.
Tidak. Kami menerima projek turap jalan dan pembaikan longkang untuk pelbagai lokasi termasuk perumahan, kawasan komersial, tapak perindustrian, dan kawasan awam.
Tempoh siap bergantung kepada skop kerja. Projek kecil seperti pemasangan awning atau cat bumbung mungkin siap dalam 1–3 hari, manakala projek besar seperti turap jalan atau pembinaan court sukan memerlukan masa lebih panjang mengikut saiz dan spesifikasi.
Ya. Kami memberikan jaminan kualiti untuk kerja-kerja yang dilaksanakan. Sebarang isu dalam tempoh jaminan akan kami tangani dengan segera bagi memastikan kepuasan pelanggan.
Sudah tentu. Kami akan menyesuaikan cadangan dan reka bentuk renovasi mengikut bajet yang anda tetapkan, tanpa menjejaskan kualiti kerja
Ya. Kami hanya menggunakan bahan binaan yang berkualiti tinggi dan tahan lama, seiring dengan standard industri, bagi memastikan hasil kerja yang selamat dan kukuh.
Ya. Kami berdaftar sebagai syarikat kontraktor dan mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai jenis projek dari skala kecil hingga besar dengan rekod kerja yang boleh dipercayai.
Anda boleh menghubungi kami melalui panggilan telefon, WhatsApp, atau borang pertanyaan di laman web kami. Pasukan kami sedia memberikan respon pantas untuk menjawab pertanyaan anda.